Duration 6:14

Cara pembajaan anak pokok anggur dalam pasu agar tumbuh subur

10 663 watched
0
91
Published 9 Jun 2021

Cara pembajaan anak pokok anggur dalam pasu agar tumbuh subur. Membaja pokok anggur adalah adalah rutin yang wajib dibuat. Pokok anggur boleh hidup subur di Malaysia jika cara pembajaan yang betul pada anak pokok anggur yang dipindahkan dalam pasu. Pembajaan haruslah dilakukan 2 minggu selepas anak pokok anggur dipindahkan ke dalam pasu agar anak pokok anggur hidup subur dan akan berbuah. Bagaimanakah cara pembajaan pokok anggur dalam pasu secara benar? Ramai kawan-kawan diluar sana berminat menanam pokok anggur di rumah tetapi setelah 2 bulan anak pokok anggur mati atau hidup terbantut, selain itu masalah serangan penyakit kepada pokok. Oleh itu video ini berkongsi cara pembajaan anak pokok anggur dengan betul. Ikut kaedah dalam video ini adalah cara pembajaan anak pokok anggur dalam pasu dalam fasa vegetatif atau fasa awal penanaman. Selepas membeli anak pokok dari nursery rehatkan dua atau tiga hari di tempat teduh untuk mengurangkan stress pokok. Sediakan pasu bersesuaian dan pindahkan anak pokok anggur ke dalam pasu dengan menggunakan media berkualiti yang poros dan mempunyai pengudaraan yang baik. Rehatkan anak pokok di tempat separa-teduh dan biarkan anak pokok anggur tersebut tanpa gangguan. Selepas 2 minggu dialihkan dalam pasu maka kita perlu memberikan baja asas untuk membekalkan zat makanan kepada anak pokok anggur di dalam pasu. Cara pembajaan ini menggunakan 4 jenis bahan bagi pembajaan fasa pertumbuhan iaitu baja NPK 16:16:16, air cucian beras, POC atau pupuk organik cair, dan kompos. Baja NPK 16:16:16 diberikan kepada pokok dengan takaran 1 sudu makan dengan dicampurkan dalam air paip sebanyak 5 liter. Gaul sebati dan campurkan 500 ml air cucian beras ke dalam air berisi baja NPK tadi dan gaul merata. Sukatan air baja ini ialah 200 hingga 200 ml sudah memadai untuk satu pasu pokok anggur. Sukatan cecair baja ini akan berubah mengikut saiz pasu dan usia pokok anggur dalam pasu atau kontainer. Pembajaan NPK/air cucian beras dilakukan 2 minggu sekali. Kemudian tabur kompos di atas pasu dengan sukatan kompos 100 hingga 200 gram untuk satu pasu. Kompos dalam video tersebut telah ditambah sekam padi mentah dengan tujuan agar menjadi poros dan tidak akan memadat akan datang. Kompos juga akan berubah sukatan berdasarkan saiz pasu dan usia pokok anggur. Jika pokok anggur sudah berusia 2 bulan ke atas boleh menambah kompos sebanyak 500 gram hingga 1 kilo setiap pasu. Pembajaan kompos dilakukan sebulan sekali. Selepas 3 hari dari pembajaan baja NPK/air cucian beras dan kompos maka satu lagi baja yang digalakkan ialah cecair POC atau Pupuk Organik Cair. Ianya hasil fermentasi daripada bahan telur, gula tebu, EM dan air kelapa. Campurkan 2 penutup botol POC dengan 2 liter air paip. Terdapat dua kaedah penggunaan cecair baja ini iaitu disembur di atas daun dan selebihnya disiram ke dalam pasu. Pembajaan cecair POC dilakukan seminggu sekali. Lakukan proses pembajaan di atas sehingga 5 sehingga 6 bulan sebelum pokok anggur berubah kepada fasa generatif di mana baja yang digunakan akan berubah jenisnya. Selamat menonton. Lawat channel: /c/CarlzJafran .

Category

Show more

Comments - 13